Jalan Keretapi Sempadan_Malaysia–Thailand

Terdapat dua jalan yang merentasi sempadan Malaysia-Thai.

Padang Besar

Kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Thailand mempunyai nama yang sama di kawasan sempadan tersebut. Ia hanya ditandai sebagai Padang Besar Malaysia dan Padang Besar Thailand. Lintasan ini dihubungi oleh Keretapi Tanah Melayu oleh Malaysia dan Keretapi Negara Thai oleh Thailandke Bangkok melalui Hat Yai. Pihak kastam, imigeresen dan kuarantin Malaysia dan Thailand beroperasi secara rasmi di sebelah Padang Besar Malaysia.

Rantau Panjang-Sungai Golok

Di sebelah Malaysia, terdapat satu jambatan yang digunakan untuk menyeberang ke Thailand. Ia dihubungkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu. Manakala di sebelah Thailand pula, lintasan in dihubungi melalui cawangan Sungai Golok yang disambungkan terus ke Hat Yai oleh Keretapi Negara Thai.